Elak Dari Perselisihan Kaum? Filem Pendek ‘Seliseh’ Mengemukakannya Secara Terbuka

 

Seliseh bh ss3 krk

Seliseh bh ss13 krk

Xiao Li sesat bersendirian di tempat yang asing. Dia menemui seorang gadis bernama Melur di ladang sawah. Xiao Li meminta bantuan dari Melur, namun Melur tidak memahami pertuturannya.

Melur melemparkan lumpur ke arah Xiao Li.

Mereka bertengkar, berkejaran lalu jatuh ke dalam sebuah perigi tua ketika bergelut. Mereka terpaksa bermalam bersama kerana tidak dapat melepaskan diri.

Seliseh bh ss5 krk

Seliseh bh ss6 krk

Seliseh bh ss4 krk

Menjelang malam, Xiao Li dan Melur mula panik.

Bagi rakyat jelata Malaysia, naratif pertemuan dan pendamaian Xiao Li dan Melur bukan sesuatu yang luar biasa.

Namun dalam urutan selanjutnya, adegan-adegan dalam ‘Seliseh’ mencetuskan beberapa mata konflik yang menimbulkan perasaan takut dan bimbang bagi dua watak tersebut, terutamanya apabila kedua-dua keluarga dan perkampungan mereka bertemu.

Seliseh bh ss7 krk

Seliseh bh ss9 krk

Seliseh bh ss8 krk

Sebenarnya, apa yang timbul ketika menonton filem pendek ini adalah penghakiman atas harapan diri kita sendiri mengenai perpaduan kaum.

Tanpa mengambil kira pemahaman anda tentang perpaduan sebagai sebuah konsep atau pengalaman, kami berharap filem pendek ini boleh dijadikan renungan untuk para penonton menjelang perayaan Hari Malaysia.

Seliseh bh ss10 krk

Seliseh bh ss11 krk

Seliseh bh ss12 krk

Selamat menyambut Hari Malaysia!

Tonton ‘Seliseh’ arahan Ismail Kamarul (Malaysia) di Viddsee:

Dipersembahkan oleh: Reservoir Productions
Lakonlayar & Arahan: Ismail Kamarul
Pengarah Fotografi: Jordan Chiam
Penerbit: Sabrina Wong
Penerbit Eksekutif: Ryan Khoo, Chow Chun Son
Pelakon: Marisa Lim sebagai Xiao Li, Amanda Amry sebagai Melur, Mandy Chong sebagai ibu Xiao Li, Najib Abdul Ghani sebagai ayah Melur.
Lagu ‘Mamula Moon’ oleh Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenader

Adegan ‘Tumpahnya Darahku’
Pelakon: Namron sebagai Ayah Melur, Tuan Faisal sebagai Bakir, Shazna Nuriman sebagai Melur, Kyo Chen sebagai Abang Xiao Li, dan Khu Chooi Boon sebagai Xiao Li

Seterusnya, tonton Sunflowers, sebuah drama mengenai seorang artis solek dan kerjayanya yang luar biasa di sebuah rumah mayat

Want more awesome stories?