Kakak Bertudung, Alim, Bertemu Dengan Adik Terpisah 5 Tahun

 

Tudung bm ss3 krk

Adik perempuan Nora yang telah menghilangkan diri selama lima tahun telah pulang.

Semua orang terkejut dengan kehadiran Sara. Dan cara pemakaiannya: berlengan pendek, berseluar pendek, aurat yang terdedah, free-hair.

Tudung SS3 KRK

Selaku kakak, Nora berasa kecewa, benci dan marah dengan kelakuan Sara, apa lagi dengan sikapnya yang tidak peduli apabila orang mula mengumpat di depan matanya.

Hubungan adik-beradik semakin tegang. Mata menjeling, menyindir, bertengkar entah apa.

Dua, tiga hari berlalu.

Tudung bm ss2 krk

Sara mengaku hamil.

Sara dan Nora mula sedar yang pertalian adik-beradik mereka yang sudah lama terputus perlu dipulihkan, walau apa pun jalan hidup yang ditempuh.

Mereka sedar sikap prejudis dan pandangan sempit antara satu sama lain perlu diatasi, sama ada dalam citarasa muzik ataupun cara kain disarung di badan.

Air dicincang takkan putus.

Tontonlah ‘Tudung’ oleh N Thilagan (Singapura) di Viddsee:

Filem pendek ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis skrip, Nadiyah Rahmat, graduan Politeknik Ngee Ann di Singapura.

‘Tudung’ adalah dari saluran khas Singapore Short Film Awards di Viddsee.

Filem pendek seterusnya mengisahkan kehidupan seorang perempuan yang tidak bebas untuk bercinta. Tontonlah ‘Sangkar’ arahan Sharifah Amani di Viddsee

Want more awesome stories?